Tuesday, August 2, 2016

Travelog - Perlis




PERLIS
=======================================================

TEMPAT MENARIK

  • LADANG ANGGUR PERLIS
Terletak kira kiraa 10km dari Kuala Kangsar.  Harga masuk pon berpatutan : RM 3 dewasa, RM 1 untuk kanak-kanak. Dibuka setiap hari kecuali Isnin daripada pukul 9 pagi hingga 6 petang.
Antara jenis anggur yang terdapat disini ialah
  1. IAC
  2. Black Queen
  3. Black Opal
  4. Pok Dam
  5.  White Malaga
  6. Loose Pallet
Jabatan Pertanian Negeri Perlis (Unit Taman Anggur) - 04 - 9770433
* Kena check bila musim berbuah sebelum datang
*kalau datang selepas pukul 11, bahang panas seperti ketuhar



  •  Padang Besar

Bersempadan dengan Songkla, Thailand yang merupakan tarikan Perlis untuk membeli belah yang terletak lebih kurang 30-40 minit memandu dari Bandar Kangar. Waktu operasi anatara jam 8 pagi hingga 10.30 malam bagi pintu Padang Besar. 

Antara barangan yang dijual disini ialah
  1. pakaian wanita, lelaki & kanak-kanak
  2. perhiasan/ aksesori wanita dan lelaki
  3. makanan
  4. buahan tempatan
  5. barangan dapur
  6. hasil kraftangan
konsep barangan sama seperti di Rantau Panjang & Pengkalan Kubor, Kelantan. focus more pada pakaian/beg dari Thailand dan barangan imitation lain. 
*survey harga dahulu & tawar menawar


  • Masjid Terapung Al-Hussin
Terletak di Kuala Perlis.  Nampak sangat cantik pada waktu malam di Kuala Perlis dan tempa melepak selepas solat Maghrib dan Isyak. Fakta menarik mengenai masjid ini, dinding masjid TIDAK DICAT kerana bahan binaanya merupakan batuan jenis coral, granit, pebbles, marmar dan kuartz. Patutlah kos binaannya menelan RM 12 juta.

 

  • Hutan Lipur Bukit Ayer
 Sesuai untuk aktiviti seperti berkhemah dan mandi air terjun. Hanya kira-kira 15-20 minit memanu dari Bandar Kangar. 

  •  Sungai Bukit Jernih
 

  • Taman Rekreasi Gua Kelam
 sekitar 30 minit dari bandar Kangar. Bayaran masuk hanya RM 1 untuk dewasa an RM 0.50 untuk kanak-kanak. 
Antara tarikan yang anda boleh buat di Gua Kelam ialah:
  1. melihat koleksi barangan sejarah berkaitan dengan industri perlombongan bijih timah. ANtaranya terowong melombong, landasan untuk troli mengankut bijih
  2. boleh menaiki keretapi kecil (trem) untuk masuk ke Gua Kelam. Harga RM 5 untuk dewsa dan RM 3 untuk kanak-kanak. Jarak menaiki keretapi ini lebih kurang 400m dan satu trip lebih kurang 30 minit. 
  3. melihat stalagtit dan stalagmit gua. 
  4. melihat lukisan dalam gua dipercayai dilukis oleh orang zaman batu 
  5. melihat binatang binatang gua - kelawar, labah-labah
  • Ladang Ternak Burung Unta, Beseri






Love, 
The Dazzling Ladybie



No comments:

Post a Comment