Tuesday, February 28, 2017

RESIPI : PARU BERLADA


Image result for paru berlada

Paru Berlada



Ingredients 
  •  1/2 kg paru lembu 
  •  Minyak masak untuk menggoreng dan menumis 
  •  Sedikit serbuk kunyit 
  •  Garam dan gula secukup rasa 
 BAHAN TUMISAN 
  •  5 biji cili besar/cili merah 
  •  7-10 biji cili padi - ikut kepedasan masing2
  •  6 biji bawang merah 
  •  2 biji bawang besar 
  •  4 ulas bawang putih 
  •  1 inci belacan



Directions 
  1. Rebus paru lembu sehingga lembut. 
  2. Angkat dan toskan. Sejukkan. 
  3. Apabila dah sejuk, boleh dihiris nipis2 atau mengikut citarasa masing2. 
  4. Gaulkan dengan sedikit garam serta serbuk kunyit.  
  5. Panaskan minyak masak dalam kuali. 
  6. Gorengkan paru tadi hingga garing/ separa garing - terpulang pada citarasa masing2. Pastikan kuali ditutup dengan penutup sebab paru akan meletup2 semasa digoreng. 
  7. Angkat dan toskan minyak. 
  8. Dengan menggunakan kuali dan minyak yang sama, tumiskan bahan tumisan hingga naik bau dan garing serta naik minyak. 
  9. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa. 
  10. Akhir sekali, masukkan paru yang elag digoreng tadi dan gaulkan sebati.






Love, 
The Dazzling Ladybie



No comments:

Post a Comment