Tuesday, March 21, 2017

RESIPI: DAKJUK (BUBUR AYAM)


Image may contain: food

Dakjuk (Bubur Ayam)


BAHAN : 
 1 gengam beras,rendam selama 30 minit, 
1 potong dada ayam dihiris nipis, 
1 ruas halia yang dikupas, 
1 sdt serbuk lada hitam
 1 sdm minyak bijan 
2 sdt garam 
8 biji bawang putih
 8 gelas air



CARA MEMASAK : 

 1. Masukkan dada ayam kedalam periuk besar yang berisi 8 gelas air,tambahkan bawang putih,halia,dan serbuk lada hitam. Masak selama 40-45 menit dengan api sedang. 
2. Setelah daging ayam masak,matikan api. Keluarkan daging ayam lalu siat2 kan. 
3. Asingkan kuah td menggunakan penapis. Pisahkan bawang putih dan halia ke dalam mangkuk lain. 
4. Tuang kembali 4 gelas kuah ayam td kedalam periuk lalu masukkan beras dan garam. 
5. Masak selama 20 minit dengan api sedang,tutup periuk sambil sesekali dikacau sampai bubur terasa kental. Sajikan dakjuk sementara hangat dengan mangkuk sup,taburi daun sup diatasnya.







Love, 
The Dazzling Ladybie



No comments:

Post a Comment